Good news for Cheras, Balakong, Kajang, Bangi, Putrajaya customers....



DO SHOPPING AT YOUR DOORSTEP.....let us do it for you...just place your order, make your payment via CIMB Account 7048423905, present your payment reference number and details via email rainnoran@gmail.com or sms 017-6801489 (Aini)....and we will buy it for you and deliver them right to your premise....make your order now....we are ready to serve you.....



GREAT DEAL.....20% discount on all items.....more discount for regular customers.....















Announcement

Announcement


From : Tupperware Brands Malaysia

24 Oktober 2011

Kepada : Directors dan Consultants Nutrimetics

SELAMAT DATANG KE TUPPERWARE BRANDS MALAYSIA

Apabila satu pintu peluang tertutup, banyak pintu lain yang boleh terbuka untuk kita. Berikutan penamatan Nutri-Metics Worldwide (M) Sdn Bhd, dengan sukacitanya ingin saya mengalu-alukan penyertaan anda ke Tupperware Brands Malaysia dan menjadi sebahagian daripada ahli jualan kami. Anda kini boleh membina perniagaan dengan rangkaian produk yang lebih luas, Tupperware, NatureCarw, Tupperchef selain daripada Nutrimetics. Anda juga akan turut menikmati Pelan Pemasaran MLM kami termasuk ganjaran-ganjaran lain dan program-program penganugerahan.

Kami ingin memastikan pemindahan keahlian Nutrimetics anda ke Tupperware Brands Malaysia akan berjalan lancar seperti berikut :-

Anda akan diberikan keahlian Tupperware Brands Malaysia secara automatik. Contoh, anda tidak perlu bayar untuk Kit Permulaan Tupperware.

Peralihan anda ke Tupperware Brands Malaysia adalah bersama dengan barisan rekrut anda dan keseluruhan organisasi anda seperti yang direkodkan oleh sistem Nutri-Metics Worldwide (M) Sdn Bhd. Sekiranya terdapat sebarang kekosongan data upline, anda akan terus ke upline yang di atasnya.

Pangkat anda di Tupperware Brands Malaysia akan mengikut struktur dan Kelayakan Pelan Pemasaran Tupperware Brands. Anda akan dimaklukan mengenainya pada Januari 2012.

Kami semua di Tupperware Brands Malaysia mengalu-alukan penyertaan anda.

DAVID WONG
Area Vice President & Managing Director
Tupperware Brands Malaysia & Singapore


----------------------------------------------------------------------

From : Nutri-Metics Worldwide (M) Sdn Bhd

24 Oktober 2011

Kepada : Presidential Director

: Senior Executive Directors

: Executive Directors

: Senior Directors

: Directors

: Director in Qualification

: Executive Consultants

: Consultants


PENGUMUMAN: PENAMATAN OPERASI PERNIAGAAN NUTRIMETICS WORLDWIDE (M) ADN BHD DI MALAYSIA.

Setelah mempertimbangkan kesemua faktor-faktor yang melibatkan syarikat dan kepentingan semua pihak yang terlibat, ingin kami memaklumkan bahawa Nutri-Metics Worldwide (M) Sdn Bhd akan ditamatkan operasi perniagaannya berkuatkuasa 29 Disember 2011.

Stokis-stokis kami akan terus menawarkan produk-produk Nutrimetics daripada tarikh yang tertera di atas sehingga 28 Disember 2011. Walaubagaimanapun, berkuatkuasa 1 Januari 2012, produk-produk Nutrimetics proleh di dapati di Pusat-pusat Pengedaran Tupperware di Malaysia.

Sila hubungi Bahagian Khidmat Pelanggan kami di talian 1300 800 288 untuk sebarang pertanyaan atau keterangan lanjut.

Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan selama lebih 33 tahun keberadaan kami di Malaysia ini dan kami ucapkan selamat maju jaya.

JENNY CHAN
Chief Financial Officer
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...